Kementerian Pengangkutan menggalakkan semua syarikat penerbangan mengambil inisiatif menawarkan tambang rendah tetap pada musim perayaan.<br /><br />Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata syarikat berkenaan perlu mencontohi langkah yang dilaksanakan AirAsia, bagi membantu rakyat Malaysia yang menghadapi peningkatan kos sara hidup.